Thursday, December 2, 2010

enam hari yg suram

Day first
Bagai mana aku boleh memenangkan diri dan melupakan kisah yg berlaku antara kita, kali kedua aku mengalami nasib yg sama, cinta pertama aku mengalami nasib yg sama, wanita yg sungguh dicintai hilang dalam pelukkan diri, lima tahun mengayam cinta, 3 march 2007,wanita tersebut di tunangkan dengan orang yg setaraf dengannya. Menyebabkan aku melarikan aku dari jalan yg lurus. Namun sekali lagi perkara yg sama terjadi kepada percintaan ku. Kalau iktkan hati mahu saja aku meminta kamu menanguhkan majlis pertunangan sehingga aku dapat bersemuka denganmu. Kerana kerja ,aku gagal sekali lagi. Matangkah aku untuk menhadapi masalah ini sekali lagi? Seharusnya aku bersyukur sahaja menghadap ilahi dengan takdir yg diciptakan, sehingga majlis pernikahan beliau, akan aku menjadi sahabat yg menggalakkan beliau, aku x nak jadi org yg pentingkan diri. Biarlah dia mencipta bahagia dengan org yg sepatutnya. Sejujurnya aku terluka dengan dalam sekali…. Tapi aku akan tetap berikan senyuman kepadanya…senyuman semanis gula..biarlah hati ini berduka dalam gembira melihatkamu bahagia.

Second day
Hari2 tidak berjalan dengan tenang dimana sentiasa mengingati waktu2 senang bersamamu. Melekakann diri dengan kerja2 yang agak banyak. Dan ada kalanya mengambil kerja kawan2 yg lain agar diri ini sentiasa sibuk dengan urusan seharian. Nasib masih menyebeahi kerana sepanjan malam aku ditemani dua jejaka muda. Ketika aku menyibukkan diri dengan kerja adakalanya mereka menegur sapa, bersembang dengan gembira. Aku senang engan mereka dan harapnya mereka juga senang dengan ku. Segaris tercalar jiwa ini,selautan menangung bebannya, lautan seolah2 memahami kegusaran hati ini, lautan bergelora membuatkan kebanyakkan crew kapal kurang senang membuat tugas2 harian,ramai juga yang mabuk laut,pening2 lalat. Kebanyakkan crew menyedari kemurungan aku sejak kapal mula belayar ke destinasi seterusnya. Bila ditanya aku hanya tersenyum simpul sambil hati ini mengeluh lesu.


Third day
Hujan turun menambahkan lagi keinginan hati untuk berehat pada hari ini, gelombang semakin kuat membuatkan kapal rolling sebanyak 7 darjah, ribut tropika baru muncul di selatan Taiwan menuju ke barat daya. Sebelum berehat dari kerje tadi seorang chief engineer menawarkan adiknya sendiri untuk dikenalkan kepadaku. Huhu…sungguh senang didalan hati jika tuhan membukan hati untuk menerima kembali wanita dalam hati ini. Aku naik ke tempat kerja dan meluangkan masa berborak sebebtar dengan kawan2 ku yg lain. Mereka sibuk membincangkan gosip2 terkini termasuk tentang diri aku. Kurasakan semakin lama semakin diri ini dapat menerima kepututusan yg kamu ambil, melihat org2 diselilingku bermuram , menjadikan aku gigih untuk kembali ceria dan menghangatkan suasana.

Forth day
Bangun pagi dengan keadaan yg menyegarkan.susana pagi ynag cerah dan angin bayu yg kuat menambahkan lagi kesegaran tubuh ini. Berite yg diterima dari org yg disayangi sedikit sebanyak menjernihkan suasana. Sebelum tidur aku berborak lagi dengan orng yg aku kire paling kacak. Bersifat qanah adalah bende yang aku cuba praktikkan sekarang.

Fifth day
Semuanya berlaku seolah2 tiada apa yg terjadi sebelum ini. Masing2 mengeraskan hati sendiri. Aku akan cuba bertahan huhu. Satu yang aku tidak ska bila gerhana melanda, sebab orang lain akan menumpukan perhatian kepada aku..huhu sangat rimas untuk melayang semua orang. Dah macam kene ambik appoiment plak untuk bercakap dengan semua orang, masalah terjadi bila tidak semua orang yang aku berbual boleh match antara satu sama lain. Agak confuse bila mereka membuat muka…cuba yg terbaik2 yea munir…peace..
Last day
Penat berfikir aku menggagahkan diri, menyinari pagi. Tegas!! Dan tidak mahu tunduk. Kerna diri aku ialah aku, dan nasibku adalah ketentuan ALLAH, dirinya adalah sampingan..ku meneruskan hidup dengan ceria, Alhamdulillah.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More