Sunday, October 19, 2008

sebagai sahabat, aku sayang kepadamu


mr j

dalam hidup nie kite semestinya ingin mendapat yang terbaik untuk diri dan keluarga kite. kadang2 rezeki di depan mata ditolak semate2 hendak mengejar rezeki di tempat lain yang belum tentu akan datang kepada kita, ingat lagi kisah lebai malang? rumahnya diantara hilir dan hulu sungai. kenduri di hilir makan ayam,kenduri di hulu makan kambing. pada lebai malang, kambing itu lebih sedap berbanding ayam,dikejarnya kenduri di hulu walaupun terpakse menongkah arus sungai yang deras, akhirnya yang dikejar x dapat, yang dikendong berciciran.pada aku, lebai malang tidak bodoh, dia merancang tindakkanya, tetapi cuma terlupa kapada beberapa situasi pada masa itu, sahabatku.. jadilah perancang dengan sempurna. kita hanya merancang......

berpijaklah di bumi nyata, segala impian yang ingin dicapai tidak perlu disertai dengan ego yang besar dan ampuh, kenal keupayaan diri, jika belum bersedia.. tangguhkan dahulu, takkan lari gunung dikejar wahai sahabatku. sebagai sahabat aku sayang kepadamu.

x perlu dikisahkan tentang segala tomahan orang lain, aku ini sahabatmu, aku lebih mengenalimu. aku yakin impian itu akan dicapai, aku juga punyai impian yang besar, tetapi aku perlukan masa untuk mengorak langkah, ku rasa kamu juga begitu.bersabarlah..

kadang kala sejarah silam yang yang buruk membuatkan, kite terpakse memilih jalan yang jauh dan sukar, sejarah juga boleh menutup mata kita serta menjadikan kite fobia. sahabatku, anggaplah sejarah sebagai satu pengajaran,sesiape yang x mengenali sejarah akan mengulangi kesilapan same. aku kenal kamu,seorang yang positif, lihatlah kesilapan lalu sebagai pengajaran.kau dan aku..kita akan berjaya.





sekali lagi ku ucapkan,
sebagai sahabat, aku sayang kepadamu.
bukan gay eh...
haru2..
ikhlas

munireo...

1 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More